Terima tempahan, urus jadual dan kutip bayaran terus dalam app — semua padang & court dalam satu tempat.
App operasi penuh untuk padang anda, dari tempahan sampai kewangan.
Tempahan padang dibayar terus ke akaun Billplz anda sendiri — bukan sekadar "mark as paid" manual.
Sistem menghalang dua tempahan pada court & masa yang sama secara automatik di peringkat database.
Set lawan untuk tempahan, masukkan keputusan selepas game — Elo pasukan dikemaskini automatik.
Semak setiap bayaran yuran court yang dikutip di venue anda, online atau tunai, dalam satu skrin.
Tujuh langkah mudah, dari daftar akaun sampai terima tempahan setiap hari.
Cipta akaun Venue Owner berasingan daripada akaun organizer atau pasukan — tekan butang di bawah untuk mula.
Isi nama syarikat, no. pendaftaran SSM, alamat dan butiran bank untuk permohonan anda disemak.
Admin menyemak profil anda dan menyediakan akaun kutipan bayaran (Billplz) sebelum venue boleh didaftarkan.
Tambah venue anda berserta court, jam operasi dan kad kadar yuran (rate card) mengikut hari & waktu.
Terima tempahan daripada pasukan, lihat jadual harian/mingguan pada skrin Today & Schedule.
Pasangkan lawan pada tempahan ("set the match"), masukkan keputusan lengkap dengan penjaring & assist.
Venue anda kini terima tempahan & bayaran setiap hari — semak prestasi kewangan bila-bila masa di skrin Finance.
Nama syarikat, no. telefon & emel syarikat, no. pendaftaran SSM, alamat perniagaan, dan butiran bank (nama bank, nama pemegang akaun, no. akaun).
Admin menyediakan akaun kutipan Billplz berasingan untuk venue anda semasa proses kelulusan, supaya bayaran tempahan court dibayar terus kepada anda.
Data venue owner tidak dikongsi dengan pihak ketiga, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Nama venue & alamat sahaja yang dipaparkan secara terbuka kepada pasukan yang membuat tempahan.
Data disimpan selagi akaun venue owner anda aktif. Hubungi kami untuk sebarang permintaan padam atau kemas kini data.